Pages

Tuesday, September 21, 2010

Thursday, April 15, 2010

Takaful yang di anugerahi

Salam sahabat...

Terpanggil untuk berkongsi dan ingin berita ini tersemat di sanubari. Produk Takaful yang mendapat anugerah paling cemerlang. Tidak syak lagi ianya memang sangat terbaik pabila sesuatu produk mendapat penilaian dari mata atau lirikan pihak lain. Sudah pasti ianya sangat mengujakan bukan?

Ini berita yang inginku semat di sanubariku... ohhh!!




Sunday, April 4, 2010

Apakan daya...

"Sedangkan lidah lagi tergigit..."

Inikan pula perhubungan kita sesama manusia. Kadangkala kita tak sedar ucapan atau kata-kata kita bisa buat orang lain terguris. Kita manusia biasa, takkan terlepas dari melakukan kesalahan/ kesilapan. Tapi, jangan jadikan "manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan" alasan untuk kita biarkan diri kita terus menerus melakukan kesilapan.


Andaiku tersalah bahasa... maafkanlah diri ini. Maaf atau meminta maaf bukan bermakna kita kerdil di mana orang lain. Meminta maaf atas kesilapan itu lebih baik dari bersikap ego yang tak bertempat.

Tidak kurang pun anggota kita atau apa-apa sahaja yang kita miliki dengan ucapan 'maaf' itu. Andainya kita sedar kesilapan kita, ringankanlah mulut untuk ucapkan maaf pada yang terguris dengan kesilapan kita.



Kita pula, maafkanlah orang lain setiap hari sebelum kita pejamkan mata (mati sementara) pada setiap malam. Ini juga adalah satu tips kurangkan 'stress' !!

Lagi tips dari sahabat blogger untuk saya kongsikan di sini: http://lupuzz.blogspot.com/2007/10/susah-meminta-maaf-ini-tipsnya.html



Selamat malam...
~ieman~

Saturday, April 3, 2010

Engkau Persis Mutiara...


Muslimah oh muslimah... engkau persis mutiara di dasar lautan. Sukar di temui, di miliki dan sangat berharga. Tingginya nilaimu sebagai seorang muslimah. Nilai yang perlu di jaga sehingga akhir hayatmu.

 
Sebenarnya dan pada asalnya tempat muslimah/wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Subhanallah... Begitu tinggi nilaimu muslimah.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bermaksud:
Seorang wanita adalah aurat, maka apabila dia keluar daripada rumahnya syaitan akan menghias-hiaskannya.” Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu [surah al-Ahzab 33:33]

Friday, March 26, 2010

Panduan Bekerja Di Rumah : Jana wang tanpa produk sendiri

Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO): Jana wang tanpa produk sendiri

Menarik tajuk artikel ini bukan? Saya amat tertarik lalu ingin kongsikan kepada semua sahabat saya. Cuba kita fikirkan dan renungkan muslimah oh muslimah...!

Haa...dah dapat idea belum? Pasti sahabat boleh jana pendapatan dari idea tersebut. Apa yang penting usaha, semangat dan istiqomah untuk kita menjadi ushawan muslimah di era global dunia "segalanya di hujubg jari anda..."



Salam kejayaan, salam barakah,
~ieman~