Pages

Thursday, April 15, 2010

Takaful yang di anugerahi

Salam sahabat...

Terpanggil untuk berkongsi dan ingin berita ini tersemat di sanubari. Produk Takaful yang mendapat anugerah paling cemerlang. Tidak syak lagi ianya memang sangat terbaik pabila sesuatu produk mendapat penilaian dari mata atau lirikan pihak lain. Sudah pasti ianya sangat mengujakan bukan?

Ini berita yang inginku semat di sanubariku... ohhh!!






MAA Takaful Menang Anugerah 'Produk Takaful Paling Cemerlang'

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- MAA Takaful Bhd memenangi Anugerah "Produk Takaful Paling Cemerlang" bagi produknya, Takafulink, pada Upacara Anugerah Kewangan Islam Kuala Lumpur Keenam 2009 di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain, berkata dalam satu kenyataan Khamis bahawa memenangi anugerah itu merupakan pencapaian besar bagi MAA Takaful.

"MAA Takaful telah dan akan sentiasa berada di barisan hadapan inovasi berasaskan Syariah untuk mencapai misi bagi memperkaya kehidupan pelanggan kami." katanya.

Beliau juga mengaitkan kejayaan syarikat itu kepada pilihan produk kerana produk-produk itu diadakan khusus bagi memenuhi keperluan pasaran semasa.

Takafulink, yang dilancarkan pada Julai 2007, adalah produk berkaitan pelaburan yang disasarkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan perlindungan takaful di samping menikmati potensi meningkatnya pelaburan.

-- BERNAMA

sumber dari: http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=452755

No comments:

Post a Comment