Pages

Saturday, April 3, 2010

Engkau Persis Mutiara...


Muslimah oh muslimah... engkau persis mutiara di dasar lautan. Sukar di temui, di miliki dan sangat berharga. Tingginya nilaimu sebagai seorang muslimah. Nilai yang perlu di jaga sehingga akhir hayatmu.

 
Sebenarnya dan pada asalnya tempat muslimah/wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Subhanallah... Begitu tinggi nilaimu muslimah.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bermaksud:
Seorang wanita adalah aurat, maka apabila dia keluar daripada rumahnya syaitan akan menghias-hiaskannya.” Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu [surah al-Ahzab 33:33]


Jadi, bagaimana dengan muslimah yang keluar bekerja???

Bekerja adalah tuntutan. Maka ianya di haruskan hanya atas dasar tuntutan dan keperluan kerja sahaja. Perlu di sedari wahai muslimah... kerja untuk bantu suami dan mengurangkan beban suami. Sematlah dengan rapi niat sebenar bahawa dikau keluar untuk tujuan yang hakiki itu.


Oleh yang demikian muslimah/wanita wajib memakai jilbab (tudung) dan tidak menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami dan mahramnya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Nur 24 ayat 31. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada;
(a) wajah sebagai bentuk pengenalan dan
(b) tangan kerana ia banyak membuat kerja.



http://4.bp.blogspot.com/_UbnKT8ruQMM/Sa1rH8wdFUI/AAAAAAAAAFo/GCXbxPE2R_M/s400/khaleejii-hijab.jpg


Tapi, sekarang zaman canggih. Banyak alternatif yang boleh muslimah pilih untuk terus bekerja hanya di rumah sahaja. Sudah pasti dapat menjaga daripada perkara luar batasan ketika di luar melakukan tugas seharian. Selain boleh menjaga keturunan (anak-anak) dengan tangan sendiri sebagai seorang ibu. Subhanallah... indah sungguh hiasan dunia ini jika sebegini pilihan yang boleh dimiliki ini.


Salam barakah,
~ieman~


No comments:

Post a Comment