Pages

Thursday, March 25, 2010

Duit masyuuuk...!

Salam sahabat,




~wow!~ hari ini sahabat kita yang kerja gomen masyuuuk... Tentu seronok bukan. Tiap kali ujung bulan nih, banyak ATM out of service la. Kalau tak pun, terpaksa beratur panjang tunggu giliran jolok-jolok kad (ehem,ehem...)





Al-maklum saja lar, hari ini di nanti-nanti dengan penuh kesebuan (bukan kesabaran) hati dan gatal tapak tangan sehingga tak larat nak garu. Sebu hati tunggu duit ganjaran kerja sebulan bukan? Hamdulillah... inilah ganjaran dunia moga ianya di berkati kerana kerja/tugasan kita ini adalah satu ibadah. Lakukan dengan ikhlas, insya-Allah ganjaran akhirat juga kita perolehi.

Dalam keghairahan pegang duit, saya suka kongsi dan ingatkan sahabat semua agar gunalah duit ganjaran kita secara berhemah. Apa yang wajib adalah simpan dulu sebelum berbelanja yea...
Sahabat mesti wajibkan diri sendiri untuk agihkan 10% dari gaji di simpan untuk kegunaan masa depan. Samada untuk pendidikan anak-anak, persaraan atau impian kumpul kekayaan.

Ingat yea sahabat yang saya kasihi. Agihkan 10% untuk diri anda dulu baru agihkan pada telekom, TNB, Astro, Celcom, Maxis, Digi, Tesco dan yang sewaktu dengannya.



Salam barakah,
~ieman~

No comments:

Post a Comment