Pages

Saturday, March 20, 2010

Indahnya...

Salam sahabat muslimah,

Saya suka melihat-lihat koleksi design abaya ini. Cantik-cantik rekaan mereka bukan. Ber''abaya" juga satu alternatif fesyen muslimah yang tampak elegan, cantik dan sedap mata memandang. Sejak berkembangnya fesyen busana muslimah, abaya tidak janggal di pakai di kalangan muslimah kebanyakkan.


http://www.ethnicdenim.com/wp-content/uploads/2006/05/abaya.jpg


Satu ketika dulu, pemakai jubah/abaya hanya di kaitkan dengan ''title ustazah''. Tapi, sekarang tidak lagi. Makin ramai penggemar abaya juga jubah kerana rekaannya lebih colofull, elegan dan menarik. Dengan tatarias batu-batu kristal yang pasti memukau mata-mata.. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tapi itu lumrah seorang yang bergelar wanita suka pada yang cantik.



http://farm3.static.flickr.com/2501/3764840080_d3ac03f177.jpg

Ramai penggemar abaya di Malaysia nie kan? Tapi, ada antara muslimah yang kuburkan niat untuk memakai abaya kerana saiz abaya yang agak besar kerana ianya saiz 'minah arab'. Faham-faham je la kan! Orang kita nih cute miut ;-)

Tapi, setelah di cari, di gali... saya ada alternatif bagi penggemar abaya yang bertubuh kecil. Juga pada semua penggemar abaya. Kalian boleh buat tempahan mengikut ukuran badan kalian sendiri. Ala... macam kalau kalian nak tempah baju kurung. Di sini, ada alternatifnya.

Boleh kalian intai-intai di sini untuk maklumat lanjut -- http://iemancollections.blogspot.com


Salam barakah,
~ieman~

No comments:

Post a Comment