Pages

Friday, March 26, 2010

Fadhilat surah Al-Waqi'ah



Subhanallah...

Sabda Rasulullah s.a.w "sesiapa membaca surah Al-Waqi'ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran" Sabda Rasulullah s.a.w "siapa membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Di riwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Sabda Rasulullah s.a.w "ajarkan surah Al-Waqi'ah kepada isteri-isterimu kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan" (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w "barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan selama-lamanya. Dan surah ni adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua"






Tapi ingat yer sabahat, bukan hanya amalkan surah ini kita akan menjadi kaya atau tidak akan di timpa kefakiran selama-lamanya tanpa ikhtiar. Tanpa ikhtiar untuk berjaya kita tidak akan berjaya. Jadi, amalan surah Al-Waqiah ini adalah amalan sampingan setelah kita istiqomah berikhtiar dalam kerja/tugasan kita. Bukan hanya amalkan surah Al-Waqiah setiap hari, setiap waktu tanpa melakukan kerja rezki datang bergolek. Jangan di salah ertikan akan fadhilat surah ini.

Dalam pencarian saya tentang fadhilat surah ini, saya ingin kongsikan kemusykilan tentang kebenaran dan kesahihan fadhilat surah ini. Di bawah adalah artikel dari sahabat blogger tentang fadhilat surah Al-Waqiah ini...

~~hadis riwayat dgn matan:
'مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا

takhrij ringkas: riwayat Ahmad dlm Fadhail Sahabah (1247), Abu 'Abd dlm Fadhail Quran (412), Abu Ya'la dlm Musnad (3838), al-Harith dlm Musnad (721), Ibn Sunni dlm Amal al-Yaum wa al-Lailah (679), Baihaqi dlm Syu'ab al-Iman (2500-2497),Ibn Abdil Bar dlm al-Tamhid (269/5),Ibn Asakir dlm Tarikh Damsyiq (188-196/66), Ibn Jauzi dlm Ilal Mtanahiah (page 151), dan lain2..dari jalan sahabat iaitu Ibn Mas'ud dan riwayat Ibn Asakir dlm tarikh Damsyiq (444/36) dari jalan sahabat Ibn Abbas.

Darjat hadis: - ringkasan Kajian Multaqa:-

1- kata imam ahmad ''ini hadis MUNGKAR''
2- kata al-Iraqi ''hadis MUNGKAR''
3- telah ijmak akan imam-imam hadis akan ke-DHAIF (TIDAK SAHIH)-nya, antaranya imam Ahmad, Abu Hatim, Ibn Abi Hatim, Baihaqi, Daraquthni, Ibn Jauzi, az-Zahabi dan lain2

wassalam
FATHI ~~
(di ambil dari: http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/02/hadis-fadhilat-surah-al-waqiah.html)


Nampaknya sahabat blogger saya membuat kajian tentang kebenaran fadhilat surah Al-Waqiah ini. Apa pun fadhilat yang kita telah ketahui samada ianya betul-betul sahih atau tidak sebenarnya ianya memang satu pekara yang baik. Kerana membaca atau mengamalkan surah Al-Waqiah yang benar dari Al-Quran adalah tetap baik. Yang penting adalah amalan membaca Al-Quran setiap hari.

Tapi, jangan pula baca surah Al-Waiqah itu sahaja setiap hari semata-mata kejar untuk kekayaan dan tidak fakir. Bacalah Al-Quran keseluruhannya dari awal hingga akhir sekurang-kurangnya 10 ayatsehari. Bila dah khatam, ulang lagi dan teruskan amalan membaca Al-Quran setiap hari secara istiqomah.

Semoga amalan kita di terima, di berkati dan di rahmati. Amalkanlah dengan ikhlas kerana Allah semata-mata...



Salam barakah,
~ieman~

No comments:

Post a Comment